Saturday, November 21, 2009

SENI VISUAL: Mengingati Mansor Ghazalli- Pelukis Cat Air yang Istikhomah



Allahyarham Mansor Ghazalli dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan daripada guru-guru kolonial. Allahyarham terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada 1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan seni reka di Brighton, England pada 1962. Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pemeran anjuran persatuan pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau menetap di Johor hinggalah sebelum penghujung hayatnya beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama anaknya.



Allahyarham pernah mendapat berberapa anugerah sepanjang penglibat dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000.

Beberapa pendapat menyatakan Allahyarham adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi kumpulan pelukis cat air dari Rusia.



Pada 11 Jun 2009 di bawah RA Fine Art Gallery beliau membuat pameran solo pertama. Namun sehari sebelum pameran bermula beliau dijemput Allah (meninggal dunia). Pada mulanya pihak pengurusan RA Fine Art Gallery mahu menangguhkan pameran tersebut, namun anaknya mahu meneruskan atas dasar cita-cita ayahnya semasa hidup.



1 comment: