Izinkan saya berkongsi pengalaman ini agar ia dapat memberi sedikit pengetahuan dan maklumat mengenai pembabitan saya di arena ini selama 15 tahun...MEREKA & MEMBINA KERETA BERHIAS.
Mereka bentuk dan membina kereta berhias bukanlah suatu tugas yang mudah. Lakaran visual konsep & idea mungkin boleh dihasilkan dengan begitu impresif pada kertas mahupun komputer grafik. Akan tetapi kreativiti sahaja tidak cukup malah pengetahuan dalam aspek teknikal, struktur pembinaan dan aplikasi automasi (kaedah sistem robotik) adalah dituntut. Setiap sudut bermula dengan lakaran idea, fizik dan matematik mengambil tempat yang paling utama. Unsur bebanan, angkatan, tujahan, apungan semua mesti presais mengikut saiz, ukuran, berat dan sebagainya. Ia amat mencabar sekali. Sifar (0) kesilapan merupakan target dan objektif utama sewaktu dalam proses pembinaan.
Selain penggunaan bunga dan bijirin sebagai medium gantian kepada warna; ini juga memerlukan daya imaginasi, kreativiti dan perancangan yang tepat dari segi susunatur, kombinasi warna, pemilihan dan penggunaan bahan, pengolahan dan teknik.
Panjang nak cerita , apa pun di sini adalah sebahagian dari apa yang telah saya hasilkan dan
syukur setiap rekabentuk yang saya hasilkan berjaya meraihkan anugerah setiap tahun.
Terima kasih dengan maklumat ni...selama ni, saya tak sangka ada kawan-kawan yang terlibat dengan pembuatan kereta berhias..
ReplyDeletesecara jujur memang saya respect orang yang mendesign kereta berhias ini...kerana bukan semua orang boleh melakukannya...