Friday, November 20, 2009

JOM! Lihat Secara Lebih Dekat...


Bermula dengan kekuatan visual yang menawan
hati client maka bermulalah kerja-kerja yang mencabar
dalam merealisasikan lukisan kepada realiti.


Bermula dengan kerja membuat struktur@ kerangka besi.
Membabitkan kimpalan dan pemasangan engin, generator,
kompresor dan pendawaian. Saya bertindak sebagai pereka
dan 'supervisor' dalam proses awalan ini.


Dalam waktu yang sama, kerja-kerja ukiran turut
berjalan. Setiap objek pada kereta berhias ini
akan menggunakan styrofoam dan ada sesetengah
nya dibentuk dengan menggunakan dawai atau rod besi.
Ini bergantung kepada kehendak pereka itu sendiri.


Seterusnya kerja-kerja meletakkan objek yang
telah diukir pada kedudukan yang telah ditetapkan.
Objek seperti Gajah ini telah dipasang alat
mekanikal pada bahagian kepala yang membolehkan
ia bergerak secara auto. Kerja kejuruteraan turut
terlibat dalam menghasilkan animasi pada objek.


Apabila rangka asas telah siap pembinaan di
bengkel maka ia akan dibawa masuk ke tapak
khemah berhawa dingin. Teramat sejuk!
Rangka dan objek ketika ini mula dibentuk
dengan menggunakan 'oasis' @ span gabus yang
berwarna hijau. Bayangkan berapa banyak di
perlukan untuk menutup keseluruhan badan
kereta berhias ini. Kosnya.....???


Beginilah situasi bekerja dalam penyiapan sesebuah
kereta berhias Flora. Masa hanya kurang daripada
seminggu sebelum menjelangnya Hari Perarakan.
Seronok, panik, kelam kabut segala-galanya ada.

MEDIUM PENGGANTI WARNA :
BUNGA SEGAR & BAHAN KERING




Sebahagian daripada bunga segar yang akan digunakan
dalam hiasan @ kerja-kerja dekoratif menggantikan
warna. Sebarang warna, cat adalah tidak dibenarkan.
Semua terletak di atas daya kreativiti pereka dalam
menentukan ketepatan atau kesesuaian warna bunga
mahupun bahan kering yang digunakan seperti
gambaran visual yang telah diluluskan. Bunga-bungaan
segar ditempah dari Cameron Highlands dan selebihnya
diimpot dari China.
Kos Bunga sahaja...antara RM50 -RM70ribu -CASH!!!
Boleh bayangkan....

KEHALUSAN SENI...




Penggunaan bahan tidak terhad kepada bunga
semata-mata. Nampak apa yang saya maksudkan?
Dapatkah anda kenal pasti bahan-bahan yang
digunakan...







Begitulah sebahagian daripada kembara dan
tinjauan seni mereka bentuk dan membina
kereta berhias Flora yang dapat saya kongsi
bersama. Perjalanan ini panjang sebenarnya
namun saya harap ianya sedikit sebanyak telah
membawa anda...Melihat Secara Lebih Dekat
akan pengalaman yang saya mahu anda berkongsi
sama.

3 comments:

  1. Saya teruja tengok hasil kerja ni..good job..!!

    ReplyDelete
  2. saya nak dptkan kontraktor buat kereta berhias dgn segera cal 0192053056

    ReplyDelete