Thursday, December 31, 2009

Benih Tekad Baru...


Dengan izin.....

Masa untuk kita memulakan tekad baru bukannya janji dan rancangan baru. Tekad yang mengajak kita berfikir sejenak dalam memulakan langkah menerjah tahun baru yang akan menjurus kita membuat perjanjian diri untuk melaksanakan tekad itu dengan sebaik mungkin.

Apakah kita sudah melakukan yang terbaik sebelum ini? Sudah puaskah kita meneguk air kepuasan dalam mengejar dan memenuhi cita-cita lalu? Terdirikah istana mahligai yang di impikan itu atau hanya sekadar istana pasir yang menanti rebah di bantai dek ombak yang mendatang? Semua kepinginkan kesenangan didunia ini. Allah menyediakan rezeki itu di mana ada usaha. Bukannya ada dimana-mana. Dimana ada jalan disitu ada kemahuan. Jauhi kerakusan dalam mengejar kesenangan.

Dunia tidak rakus. Kerangkusan manusia itu sendiri yang menjadikan dunia ini marah dan berang. Logikanya tanyalah diri apa yang telah kita lakukan pada dunia ini? Dunia semakin tua. Seperti anak kecil dunia ini perlu dibelai dan djaga agar sihat. Ketahuilah bahawasanya kita ini kerdil dan terlalu kerdil. Namun yang besar hanyalah cita-cita dan nafsu.

Besar cita-cita menjadikan impian itu satu realiti. Besarnya nafsu dikhuatiri menjadi serakah...Alpa! Bila terjadi, maka kita akan bermandikan lumpur dosa samada dalam sedar mahupun tidak. Bagaimana lumpur yang mempalit diri ini dapat dibersihkan? Mulalah kita tercari-cari apakah jenis sudit yang mampu mengikis segala kekotoran yang menempek pada diri ini akibat dari godaan syahwat dunia dan syahwat harta...

Bersisirlah dengan sujud taubat. Taubat Nasuha. Namun, hakikatnya esok, lusa, dan hari-hari seterusnya menawarkan godaan dunia, syahwat harta mahupun aktiviti sosial yang tak bermaruah bakal menakluki dan menguasai diri kita lagi. Kita akan tersungkur semula ke kubang ‘rakus’ yang kita bina sendiri. Sudahnya, kita mengulangi dengan janji-janji lama bersama rancangan yang kononnya akan berubah dan balik ke pangkal jalan. Sebaliknya kita bakal dan terus melanggari segala memorendum yang telah kita buat sebelumnya dan berterusan...berterusan....ke mana sudahnya? Tidak membawa sebarang erti.

Aku melihat diri aku sendiri dalam memperkatakan soal diri. Selalu bertanya pada diri...”I am not perfect neither a perfectionist”. Lontaran pujian bagaikan peluru machine gun tak mampu ku tepis. Antena telingaku teringat akan kata-kata sakti mengatakan pujian boleh memakan diri sendiri. Aku’ ter’tempelak seketika maka aku lepaskan segala pujian itu lalu menyembam diri ke bumi mengabadikan sifat kesederhanaan dalam diri. Terpancutlah kata-kata...” ada yang lebih baik dari aku di luar sana”

Pendekkan cerita...pada saat kesedaran mula mengetuk pintu diri, mula terjaga dari segala kekemarukkan. Tersedar aku dan terus bingkas bangun mencari kekuatan diri. Aku berdiri dengan berkuasakan engin akal yang menjanakan tenaga berfikir. Disaat inilah kita memerlukan satu tekad baru dan bukan rancangan baru.

Tekad Baru memperkasakan Diri...
Semangat Baru memperkasakan Tekad Diri...
Semaikanlah Benih Kekuatan Diri
Agar Tekad Baru membuahkan hasil untuk merealisasikan
usaha itu 1 Kejayaan.



Wednesday, December 30, 2009

Syabas Kelapa!


Kita sebaik-baiknya menjadikan atau lebih elok
mengibaratkan diri kita seperti sebiji kelapa yang
baik. Sekali pun ia gugur menyembah bumi,
tak kiralah dimana jua ia pasti akan tumbuh
subur.

Sesungguhnya kalau si kelapa boleh
berbudi pada tanah, jatuhnya di bukit maka ia
akan menjadi ladang. Apa lagi sekiranya si kelapa
ini jatuhnya dilaut pastinya ia akan menjadi pulau.

Walaupun percaturan hidup kita berbeza namun
matlamatnya tetap sama; mencari kesenangan dan
kebahagiaan hidup dan menabur bakti kepada
yang memerlukan dan yang terpenting adalah
keluarga kita sendiri.

Jadi kita harus pandai meletakkan diri kita
di pesada dunia ini. Berbekalkan segala pengalaman
dan pengetahuan, orak langkah kita ke destinasi
yang menjanjikan pulangan kebahagiaan dan
rezeki yang melimpah ruah. Panjatkan doa kesyukuran
atas pemberianNya sekalipun datangnya dari usaha
kita sendiri.

Buat si kelapa....ladangmu di Bagan Datok, Perak
meletakkan nama itu di peta Malaysia.
Buat si kelapa yang menjadi pulau...dirimu menjadi
panorama yang indah buat pengunjung.

SYABAS KELAPA!

Monday, December 28, 2009

Suatu Waktu Dahulu....Mahligai Sepi


Ruang Tamu yang menjanjikan ketenangan dikala bersendirian...

Kebahagiaan itu aku yang cari.
Aku yang cipta dan aku yang bina.
Keretakkan dan kemusnahan kebahagiaan itu juga...
aku akur adakalanya aku penyebabnya
selain faktor luaran yang mempengaruhinya

Takdir?

Adakala kita yang mencipta takdir itu.
Samada kita sedar mahupun tidak.
Kebahagiaan yang kita bina harus dibina
atas dasar ketulusan, kepercayaan dan keikhlasan
yang berpaksikan keimanan.

Namun...suratan takdir jualah mengenepikan
segala ketetapan dan perjanjian diri untuk terus
mempertahankan kebahagiaan itu yang kononnya
boleh kekal hingga ke akhir hayat. Janji 'sehidup
semati' hanya mainan kata-kata manis yang
tidak terkota....


Ruang Makan yang hanya menerima seorang tamu...Aku

Akhirnya Qada dan Qadar mengatasi segalanya.
Kepincangan mula menerjah pintu kehidupan.
Emosi, mental dan fizikal mula terasa
bagaikan terumbang ambing. Ketidakseimbangan
mula terasa. Pasakan diri berpaut dibumi nyata
bagaikan sudah tidak bermaya. Ledakan kemarahan,
hanya diletuskan pada dinding yang bisu. Jiwa
bagai direntap dan kewarasan bagaikan disentap.

Aduh! Ya...itulah tekanan perasaan.
Tekanan perasaan yang maksima yang
lama kelamaan jika dibiarkan bakal merampas
keseimbangan kenormalan kita sebagai manusia.

Jalan keluar harus dicari. Apa yang dicari...
Sujud dan Tahjud..wirid dan zikir...apa lagi

Berpaling kepada Pencipta sekelian alam

Ya Allah kau kuatkanlah imanku

Kau ampunkanlah dosaku
sesungguhnya aku ini lemah
Kau berilah kekuatan untuk aku
Bukakanlah pintu hatiku dengan
pancaran iman...aku mohon padaMu

Doa & Taqwa...Doa & Taqwa berterusan
supaya kita terus hidup dalam kesedaran
Bangun dari kejatuhan
Mencari dan membina semula
segala kemusnahan


Sudut santai sering menjadi hamparan peraduanku...mimpi yang tak sudah

Masa berlalu...pantas sekali
Akan ku tinggalkan Mahligai Sepi ini
Yang menjadi payung selama ini
dikala aku bersendirian...
Akhirnya aku bertemu kebahagiaan itu semula
Tanpa dijangka tanpa dirancang
Selamat Tinggal Mahligai Sepi ku
Aku akan merinduimu

Sebagai renungan -
(Perkara halal yang dimurkai oleh Allah swt adalah Talak)

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah...



Moga dipanjang umur, dimurahkan rezeki,
diberkati segala apa yang kita lakukan,
diberi kekuatan dan kesihatan untuk
meneruskan perjuangan hidup, kekuatan
dan kesihatan untuk mengerja dan
menunai akan tuntutanNya, terbuka hijab
untuk berniat melakukan kebaikan dan
beriltizam untuk mencari kejayaan diri
demi keluarga dan sesama umat amnya.
Insyaallah.

Saturday, December 12, 2009

PERTARUNGAN I ....



Hidup takkan selesa dan bahagia jika dimanjakan dengan
dengan sikap malas dan sambil lewa. Bekerja buat syarat kata orang.
Buat kerja 'half past six' kata org putih. Bila dah terdesak baru lah
nak bertarung bertungkus lumus. Bila jatuh sakit baru tahu pulak
bertarung nyawa untuk bangkit dan nakkan sihat...

Di luar sana umpama medan peperangan. Samada kita bersedia
atau tidak kita terpaksa bertarung juga demi mencapai kemenangan.
Kemenangan dalam ertikata mampu meraih @ kecapi apa yang kita
idamkan; impikan; lain perkataan tak nak SUSAH.

Namun biasalah. alam pertarungan ada kalah menang. Azalinya
angka 2 itu keramat antaranya:-
1. Susah @ Senang
2. Keras @ Lembut
3. Muda @ Tua
4. Mentah @ Masak
5. Panjang @ Pendek
6. Sihat @ Sakit
7. Malam @ Siang
8. Hidup @ Mati
9. Amalan Baik @ Jahat
10. Dosa @ Pahala
11. Beriman @ Mungkar
12. Syurga @ Neraka

Pertarungan dengan diri sendiri merupakan misi
yang kebanyakkannya gagal meraih kemenangan.
Kebarangkalian perisai keimanan tidak mampu
menahan asakan godaan dan hasutan syaitan yg sentiasa
menjadi pendua kepada manusia. Apabila kita alpa
dan lemah maka pertarungan ini akan berubah
misinya. Maka terjadilah petualang pada diri sendiri.

Ringkasnya, pertarungan tidak lagi bersenjatakan keikhlasan
dan kejujuran; keyakinan dan kesungguhan maka
pertarungan hanya berlandaskan nafsu serakah
dalam mengejar harta dunia tanpa kesyukuran.


PERTARUNGAN II....



Pertarungan memertabatkan budaya dan seni kita.
Kita marah kemasukkan lagu luar yang terus menguasai
pasaran dan peminat tempatan. Ada yang mengatakan
karyawan tempatan di anak tirikan. Mutu lagu tidak
mencapai tahap piawaian pasaran dan sebagainya.

Tidakkah kita sedar perubahan masa dan zaman menuntut
pembaharuan dalam segenap aspek. Kita perlu kejutkan
diri kita dari mimpi yang tak sudah-sudah. Pengiat seni
di luar sana telah melangkau jauh mengenepikan tradisi
lampau dengan memberi nafas baru dalam industri musik
mereka.

Mereka menghela udara baru yang difikirkan segar
sedangakan kita masih bertarung dan mempertahankan
apa yang dikatakan ' ini cara kita'....tetapi harus diingat
itu bukan pula 'cara' yang mereka mahu. Mereka mahukan
sesuatu yang baru, innovatif, kreatif dan segar. Kelainan inilah
yang mereka bertarung sekian lama.

Hasilnya.....kita memang suka dan dapat menerima karya mereka.
Siapa yang harus dipersalahkan? Kami hanya pendengar &
peminat setia pada hasil yang diperkenal dan dipasarkan.
Mungkin pendapat ini salah, tidak tepat akan tetapi yang
pasti kita mahukan sesuatu yang segar dan baru.

Dunia kini adalah dunia persaingan. Teruskan pertarungan
demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Peminat Rock Kapak.

Wednesday, December 9, 2009

Monalisaku....


Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

(Nyayian Hail Amir)

Sunday, December 6, 2009

Serakah...

Eksperimentasi Imajan.











Friday, December 4, 2009

Kata-kata Dulu...Kita Fikir-fikir Sekarang

PERIBAHASA CINA - TENTANG WANG

Dengan wang anda boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan kediaman.
Dengan wang anda boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Dengan wang anda boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Dengan wang anda boleh membeli sebuah buku, tetapi bukannya pengetahuan.
Dengan wang anda boleh membeli kedudukan, tetapi bukannya kehormatan.
Dengan wang anda boleh membeli seks, tetapi bukan cinta.
Dengan wang anda boleh membeli darah, tetapi bukan hidup.
Dengan wang anda boleh berjumpa doktor, tetapi bukannya kesihatan yang baik.

Alar wang susah...tak lar wang pun susah. Haiyaa! manyak susah maaa...

Pautan dari PESONA60

PERIBAHASA MELAYU - TENTANG WANG

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.... tak nak maju ke?
Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari... dashyatnyer!
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit... entah bila
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian... sanggup ke?
Banyak sama memberi, sikit sama merasa... sekali-sekala
Memberi lebih baik daripada menerima... jarang-jarang
Beras secupak akan jadi segantang... lu pikir la sendiri
Air sesenduk tak akan jadi setempayan... sendiri mau ingat
Masa itu emas... bukan Wang ke?
Jangan jadi hamba duit... terpaksa!

PANTUN DUNIA

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar

Hutang Duit...jangan Lari!!!

PANTUN IMAN

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar

Hutang Zakat...jangan Lari!!!


Dan kepada yang ada nak tambah silakan semoga
kita saling ingat-mengingati dan memupuk kesedaran
dalam perihal berjimat cermat mengenai pengurusan
kewangan kita demi masa depan dan anak-anak.

Thursday, December 3, 2009

KENALI MEREKA YANG SEBENAR...

Tiada Dulu...Tiada Sekarang
BINTANG LAGENDA KITA...


JINS SHAMSUDDIN
MOHAMAD ZAIN SAMSUDDIN


M.ZIN
MOHAMED ZAIN SHARIFF


UDO OMAR
UDO OMAR - sebut baik2 nanti kena 'Lesing'


MAHMUD JUNE
MAHMOD DERANI


KEMAT HASSAN
KEMAT HASSAN bukan "Kau pikul lah!"


TONI KASSIM
WAN ABDUL RAHMAN WAN TAJUDDIN


NORDIN AHMAD
NORDIN AHMAD bukan 'Pak Malau'


LATIFAH OMAR
LATIFAH OMAR bukan 'Dahlia'


P. RAMLEE
TEUKU ZAKARIA TEUKU NYAK PUTEH


NOORMADIAH
EDITH SUMAMPO@NORMA ABDULLAH


SAADIAH
SATYA BAHAROM


SALOMA
SALMAH ISMAIL


SIPUT SARAWAK
RAMLAH ABDULLAH


SITI TANJUNG PERAK
SITI SUNDARI SAMAD


ROSEYATIMAH
ROSNAH JASNI


NENG YATIMAH
BUNTAT AHMAD

Tiada Dulu...Tiada Sekarang



Mulanya disini...


Ayah dan Ibu - Gambar ini diambil pada akhir
tahun 1950an ketika ini ayahku berusia 20 tahun
manakala ibuku berusia 15 tahun.
Aku dilahirkan sewaktu usia ibuku 17 tahun.

Disini kita...

Dari tiada...kita ada disini. Kerana mereka
dilahirkan maka kita dilahirkan. Kita pula
melahirkan anak-anak kita yang mana anak-anak
kita pula bakal melahirkan generasi mereka dan
seterusnya....

Apa yang kita usahakan sekarang kalau direnungkan
sejenak, bukanlah untuk kita. Kita hanya meminjam
dari anak-anak kita. Segalanya akan kita tinggalkan.
Spiral kehidupan ini berterusan dan itu adalah
hakikatnya.

Kenangilah mereka dalam doa kita.
Jamukan mereka yang telah tiada dengan
juadah Fatihah. Mohonkan keampuanan dari
Yang Maha Esa atas segala dosa-dosa
mereka sewaktu hayat mereka. Mohon juga
diterima segala amalan-amalan mereka dan
semoga ditempatkan roh-roh sebaik-baik
tempat disisiNya.

Kita sekarang...

Bagi yang ada sekarang kita panjatkan doa
kesyukuran dengan apa yang kita ada sekarang.
Usaha untuk kejayaan diri dan keluarga itu
adalah dituntut. Lebihan kesenangan kita
kembalikan kepada mereka-mereka yang
memerlukan.

Siapa tak inginkan kesenangan? Untuk
mengecapi kesenangan kita harus mengharungi
kesusahan dan kepayahan.
Kejerihan dan kekalutan dalam pencarian rezeki
kekadang mengumbang ambingkan kewarasan.
Tekanan dari luar dan dalam yang menyesakkan
nafas mengundang ketidakstabilan kesihatan kita.
Sehingga kita beranggapan apakah kita ini menjadi
'hamba duit'...?? Yang nyata didunia ini memang
itulah nyawa untuk terus berdepan dengan hidup.

Bukan senang nak senang...
Bukan susah kalau nak susah...

Rezeki ada dimana-mana...kita tak perlu cari.
Tetapi kita terus berusaha dan berusaha maka rezeki
itu mencari kita. Moga yang datang itu rezeki yang
halal. Insyaallah.

Friday, November 27, 2009

Air dicincang tak akan putus...

Kacipusang - Kacip adalah sebahagian dari
artifak warisan lama. Usang merupakan hayat dan usia
yang ditelan masa. Kiranya warisan ini dipelihara
dan dijaga ianya masih boleh berfungsi dan
berjasa sekalipun usang keadaannya. Kacip baru
penerus warisan yang ada mungkin dengan
gaya dan rekaannya yang tersendiri. Namun ia tidak akan
terpisah dari sahabat karibnya si Pinang. begitulah halnya
dengan memelihara Warisan Persahabatan kita
yang diibaratkan air dicincang tak akan putus.
Itu Pengorbanan dalam aspek mewarisinya....

Salam Aidul Adha semua.

Saturday, November 21, 2009

SENI VISUAL: Mengingati Mansor Ghazalli- Pelukis Cat Air yang Istikhomah



Allahyarham Mansor Ghazalli dilahirkan pada 6 Januari 1930 di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak. Kecenderungannya melukis mula dikesan sejak menuntut di Sekolah Melayu Bukit Chandan. Malangnya, minat beliau dalam bidang lukisan langsung tidak mendapat sokongan daripada guru-guru kolonial. Allahyarham terus melukis dan melukis sehingga melanjutkan pengajian di Sekolah Clifford Kuala Kangsar sebelum menyertai Institut Latihan Perguruan di Johor pada 1952. Kemudian, Allahyarham menyertai Institut Perguruan Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar Melayu terawal dihantar menuntut dalam jurusan seni reka di Brighton, England pada 1962. Beliau mula melukis sekitar tahun 1963 secara hobi dan tidak membuat pameran. Beliau terlibat dengan pameran-pemeran anjuran persatuan pelukis Johor, Persatuan cat air Malaysia dan beberapa pameran di Malaysia. Beliau menetap di Johor hinggalah sebelum penghujung hayatnya beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama anaknya.



Allahyarham pernah mendapat berberapa anugerah sepanjang penglibat dalam cat air. Persatuan Pelukis Cat Air Malaysia pernah memberi anugerah pelukis cat air. Kejora, Johor (1984) dan Anugerah Pelukis Terbaik Perak daripada Yayasan Kesenian Perak pada tahun 2000.

Beberapa pendapat menyatakan Allahyarham adalah sebagai pelopor cat air aliran impresionis yang begitu mengagumi kumpulan pelukis cat air dari Rusia.



Pada 11 Jun 2009 di bawah RA Fine Art Gallery beliau membuat pameran solo pertama. Namun sehari sebelum pameran bermula beliau dijemput Allah (meninggal dunia). Pada mulanya pihak pengurusan RA Fine Art Gallery mahu menangguhkan pameran tersebut, namun anaknya mahu meneruskan atas dasar cita-cita ayahnya semasa hidup.



Akif Emir


Monkey Code - Monkeytopia,The Agent In Your Home

2006
acrylic on canvas 244cm x 183cm

This painting interpret how a powerful nation (super power) sent their Agents to every nation (home) to get secret information so that they can conquer and invaded a peaceful nation to suit their conspiracy agenda.Your home is no longer a safe heaven / zone.



Monkeytopia, Agent 7 2006 / acrylic on canvas / 112cm x 84cm

This painting interpret how a powerful nation (super power) sent their Agents to every nation (home) to get secret information so that they can conquer and invaded a peaceful nation to suit their conspiracy agenda. Your garden is no longer a safe heaven.



KLIK! KLIK! Mata Lensaku...





VERTICAL...




Friday, November 20, 2009

JOM! Lihat Secara Lebih Dekat...


Bermula dengan kekuatan visual yang menawan
hati client maka bermulalah kerja-kerja yang mencabar
dalam merealisasikan lukisan kepada realiti.


Bermula dengan kerja membuat struktur@ kerangka besi.
Membabitkan kimpalan dan pemasangan engin, generator,
kompresor dan pendawaian. Saya bertindak sebagai pereka
dan 'supervisor' dalam proses awalan ini.


Dalam waktu yang sama, kerja-kerja ukiran turut
berjalan. Setiap objek pada kereta berhias ini
akan menggunakan styrofoam dan ada sesetengah
nya dibentuk dengan menggunakan dawai atau rod besi.
Ini bergantung kepada kehendak pereka itu sendiri.


Seterusnya kerja-kerja meletakkan objek yang
telah diukir pada kedudukan yang telah ditetapkan.
Objek seperti Gajah ini telah dipasang alat
mekanikal pada bahagian kepala yang membolehkan
ia bergerak secara auto. Kerja kejuruteraan turut
terlibat dalam menghasilkan animasi pada objek.


Apabila rangka asas telah siap pembinaan di
bengkel maka ia akan dibawa masuk ke tapak
khemah berhawa dingin. Teramat sejuk!
Rangka dan objek ketika ini mula dibentuk
dengan menggunakan 'oasis' @ span gabus yang
berwarna hijau. Bayangkan berapa banyak di
perlukan untuk menutup keseluruhan badan
kereta berhias ini. Kosnya.....???


Beginilah situasi bekerja dalam penyiapan sesebuah
kereta berhias Flora. Masa hanya kurang daripada
seminggu sebelum menjelangnya Hari Perarakan.
Seronok, panik, kelam kabut segala-galanya ada.

MEDIUM PENGGANTI WARNA :
BUNGA SEGAR & BAHAN KERING




Sebahagian daripada bunga segar yang akan digunakan
dalam hiasan @ kerja-kerja dekoratif menggantikan
warna. Sebarang warna, cat adalah tidak dibenarkan.
Semua terletak di atas daya kreativiti pereka dalam
menentukan ketepatan atau kesesuaian warna bunga
mahupun bahan kering yang digunakan seperti
gambaran visual yang telah diluluskan. Bunga-bungaan
segar ditempah dari Cameron Highlands dan selebihnya
diimpot dari China.
Kos Bunga sahaja...antara RM50 -RM70ribu -CASH!!!
Boleh bayangkan....

KEHALUSAN SENI...




Penggunaan bahan tidak terhad kepada bunga
semata-mata. Nampak apa yang saya maksudkan?
Dapatkah anda kenal pasti bahan-bahan yang
digunakan...







Begitulah sebahagian daripada kembara dan
tinjauan seni mereka bentuk dan membina
kereta berhias Flora yang dapat saya kongsi
bersama. Perjalanan ini panjang sebenarnya
namun saya harap ianya sedikit sebanyak telah
membawa anda...Melihat Secara Lebih Dekat
akan pengalaman yang saya mahu anda berkongsi
sama.