Saturday, November 21, 2009

Friday, November 20, 2009

JOM! Lihat Secara Lebih Dekat...


Bermula dengan kekuatan visual yang menawan
hati client maka bermulalah kerja-kerja yang mencabar
dalam merealisasikan lukisan kepada realiti.


Bermula dengan kerja membuat struktur@ kerangka besi.
Membabitkan kimpalan dan pemasangan engin, generator,
kompresor dan pendawaian. Saya bertindak sebagai pereka
dan 'supervisor' dalam proses awalan ini.


Dalam waktu yang sama, kerja-kerja ukiran turut
berjalan. Setiap objek pada kereta berhias ini
akan menggunakan styrofoam dan ada sesetengah
nya dibentuk dengan menggunakan dawai atau rod besi.
Ini bergantung kepada kehendak pereka itu sendiri.


Seterusnya kerja-kerja meletakkan objek yang
telah diukir pada kedudukan yang telah ditetapkan.
Objek seperti Gajah ini telah dipasang alat
mekanikal pada bahagian kepala yang membolehkan
ia bergerak secara auto. Kerja kejuruteraan turut
terlibat dalam menghasilkan animasi pada objek.


Apabila rangka asas telah siap pembinaan di
bengkel maka ia akan dibawa masuk ke tapak
khemah berhawa dingin. Teramat sejuk!
Rangka dan objek ketika ini mula dibentuk
dengan menggunakan 'oasis' @ span gabus yang
berwarna hijau. Bayangkan berapa banyak di
perlukan untuk menutup keseluruhan badan
kereta berhias ini. Kosnya.....???


Beginilah situasi bekerja dalam penyiapan sesebuah
kereta berhias Flora. Masa hanya kurang daripada
seminggu sebelum menjelangnya Hari Perarakan.
Seronok, panik, kelam kabut segala-galanya ada.

MEDIUM PENGGANTI WARNA :
BUNGA SEGAR & BAHAN KERING




Sebahagian daripada bunga segar yang akan digunakan
dalam hiasan @ kerja-kerja dekoratif menggantikan
warna. Sebarang warna, cat adalah tidak dibenarkan.
Semua terletak di atas daya kreativiti pereka dalam
menentukan ketepatan atau kesesuaian warna bunga
mahupun bahan kering yang digunakan seperti
gambaran visual yang telah diluluskan. Bunga-bungaan
segar ditempah dari Cameron Highlands dan selebihnya
diimpot dari China.
Kos Bunga sahaja...antara RM50 -RM70ribu -CASH!!!
Boleh bayangkan....

KEHALUSAN SENI...




Penggunaan bahan tidak terhad kepada bunga
semata-mata. Nampak apa yang saya maksudkan?
Dapatkah anda kenal pasti bahan-bahan yang
digunakan...







Begitulah sebahagian daripada kembara dan
tinjauan seni mereka bentuk dan membina
kereta berhias Flora yang dapat saya kongsi
bersama. Perjalanan ini panjang sebenarnya
namun saya harap ianya sedikit sebanyak telah
membawa anda...Melihat Secara Lebih Dekat
akan pengalaman yang saya mahu anda berkongsi
sama.

Thursday, November 19, 2009

Idea & Konsep...Mesti Berani

Antara idea-idea yang saya cadangkan kepada beberapa
client. Bagaikan pertandingan mesti ada kalah dan menang.
Yang penting kita mencuba dan jangan mengaku kalah.
Sebagai pereka kita harus berdiri pada keyakinan
dan kekuatan rasional dalam mempersembahkan konsep
idea. berani mencari suatu kelainan walaupun adakalanya
terpaksa akur dengan buah fikiran client yang mahu itu dan ini.


















Tuesday, November 17, 2009

Where design comes alive!


Izinkan saya berkongsi pengalaman ini agar ia dapat memberi sedikit pengetahuan dan maklumat mengenai pembabitan saya di arena ini selama 15 tahun...MEREKA & MEMBINA KERETA BERHIAS.

Mereka bentuk dan membina kereta berhias bukanlah suatu tugas yang mudah. Lakaran visual konsep & idea mungkin boleh dihasilkan dengan begitu impresif pada kertas mahupun komputer grafik. Akan tetapi kreativiti sahaja tidak cukup malah pengetahuan dalam aspek teknikal, struktur pembinaan dan aplikasi automasi (kaedah sistem robotik) adalah dituntut. Setiap sudut bermula dengan lakaran idea, fizik dan matematik mengambil tempat yang paling utama. Unsur bebanan, angkatan, tujahan, apungan semua mesti presais mengikut saiz, ukuran, berat dan sebagainya. Ia amat mencabar sekali. Sifar (0) kesilapan merupakan target dan objektif utama sewaktu dalam proses pembinaan.

Selain penggunaan bunga dan bijirin sebagai medium gantian kepada warna; ini juga memerlukan daya imaginasi, kreativiti dan perancangan yang tepat dari segi susunatur, kombinasi warna, pemilihan dan penggunaan bahan, pengolahan dan teknik.

Panjang nak cerita , apa pun di sini adalah sebahagian dari apa yang telah saya hasilkan dan syukur setiap rekabentuk yang saya hasilkan berjaya meraihkan anugerah setiap tahun.








Friday, November 13, 2009

Bersama YM Prof...



Sewaktu Majlis Pelancaran Setem
Galeri Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah
Kuala Kangsar, Perak

Monday, November 9, 2009

Kasih BudakAD82...selamanya


Ijah, Nani, Anim & Datin Kamsurina


Liz & buah hati


Orang kaya Sahak & Idris


Bersama Don


Bersama Lan Afro


Bersama Am(Izahar)

Thursday, November 5, 2009