Monday, July 6, 2009

Album riwayat keturunanku...




Selepas dibaikpulih

Gambar diambil pada tahun 1940an. Landasan keretapi itu merupakan laluan keretapi dari Tapah Road menuju ke Teluk Anson(Intan). Kira-kira 23km dari sini terdapat mercu kesan sejarah pelanggaran keretapi pertama.

Ini merupakan satu-satunya koleksi gambar moyang aku untuk tatapan generasiku. Budak kecil berusia 1 tahun lebih itu adalah ayahku. Malangnya moyang lelaki yang tinggi lampai (kanan) meninggal dunia akibat dibunuh oleh tentera Jepun sewaktu pendudukan Jepun Di Perak (1942-1945). Kisah penderaan keatas beliau amat memilukan. Beliau diseksa dan dibunuh didepan mata moyang perempuanku. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.

1 comment:

  1. La....aku rasa kau ikut moyangkau la adi.Moyang kau tinggi dan gagah perkasa.Patutla kau tinggi...tapi aku pelikla...macam mana kau tak tua-tua....

    ReplyDelete