Wednesday, July 22, 2009

BANGGA DENGAN KEJAYAAN RAKAN-RAKAN...



Ms Zawiyah Simon antara rakan kita yang bergerak secara 'independent' kini menjadi Project Development Manager syarikat beliau yang bertaraf antarabangsa. Seorang yang 'simple' dan 'humble' malah amat disenangi oleh rakan-rakan lain apabila bertemu. Tahniah Zai.



Bersama Timbalan Presiden PAS Datuk Nasaruddin Mat Isa yang menjadi tetamu kehormat dimajlis Reunion AD82 di KLCC Impiana 2006. Beliau adalah rakan Kolej ITM tahun 1982 dalam Kajian Akademik yang sama. Dua dari kiri adalah saudara Nazaruddin yang kini menjawat sebagai Timbalan Presiden Lim Kok Wing bergelar 'Datuk'.
Tahniah Datuk Nasaruddin & Datuk Nazaruddin.



Bersama Norliza Kamaruddin Corporate Communications
General Manager Malaysia Airports Holdings Berhad (MAB)
yang merupakan bekas pelajar satu jurusan di ITM 1982.
Bergaya dan Berkarisma. Tahniah Liz.

Monday, July 20, 2009

YOU GO FIRST MY FRIEND...


Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Malaysian First Astronaut

This has been my dream since I was a little kid. But I end up doing and becoming some else... dealing with such a boring an tiring carier which I am good at....boleh laa.

Anyway not to late for our children to become one...here are the Official NASA requirement to become an astronaut.

How can I become an Astronaut?
    Any adult man or woman in excellent physical condition
who meets the basic qualifications can be selected to enter
astronaut training.

For mission specialists and pilot astronauts, the minimum
requirements include a bachelor's degree in engineering,
science or mathematics from an accredited institution. Three
years of related experience must follow the degree, and an
advanced degree is desirable. Pilot astronauts must have at
least 1,000 hours of experience in jet aircraft, and they need
better vision than mission specialists. Competition is
extremely keen, with an average of over 4,000 applicants for
about 20 openings every 2 years.

Astronaut recruiting occurs periodically. For more information,
write to the Astronaut Selection Office, NASA Johnson Space
Center, Houston,TX 77058.

“Yesterday’s dreams become today’s goals and tomorrow’s reality”

Sunday, July 19, 2009

ITARU- berkunjung kerumahku...



Itaru- artis/pelukis kaligrafi Jepun yang terkenal secara kebetulan aku mengenalinya telah berkunjung kerumahku tengahari tadi sebelum berangkat pulang ke negaranya. Sempat juga aku bawa dia minum dikedai mamak berhampiran dan dia mengemari Teh O ais limau dan pisang.

Sewaktu dirumahku, beliau teramat suka pada ukiran kayu jawi yang tergantung didinding rumahku. Kebetulan aku sendiri meminati seni tulisan jawi cuma aku tidak mengenengahkan bakat itu secara serious. Insyaallah satu hari nanti.

Beliau akan mengunjungi aku lagi pada 4 Ogos akan datang dan bagi rakan-rakan AD82 yang minat dan ingin melihat hasil kerja beliau silalah ke:-
plaza.rakuten.co.jp/itaru (dah tentunya bahasa Jepun)

Thursday, July 16, 2009

Kenangan Yang Dilupakan...


Antara keperluan-keperluan popular dalam
keadaan terdesak dan sesak suatu ketika dulu...
mahal tapi masih mampu mendapatkannya.

Beli? Ya mesti la kena beli
Kena beli ke? Mahal tu. Fulus mana ada

Ada. Ada cara...mesti berani dan yakin
Usaha tangga kejayaan!


Ini pun mampu dimiliki.
Paling hairan dan jenuh memikir
macam mana boleh dapat...
mungkin kena tanya McGyver
Ada ke McGyver zaman tu?
Lu pikir la sendiri....


YOHAN OH YOHAN...

Kacip Jantan vs Kacip Fatimah



Kacip ni lain pula sifatnya. Tidak seperti kacip usang,
yang ini lebih pun tidak kurang pun tidak malah tak berupa
kacip langsung. Sifat kacip adalah 'mengacip' buah pinang
yakni sahabat karip si sireh. Tapi kacip ini berupa
produk minuman ala kopi.

Apa khasiat disebaliknya dan adakah fungsinya 'mengacip'
seperti kacip? Dulu diawal pengeluaran hanya khusus untuk
wanita tapi kini dibolehkan kaum Adam untuk mengambil
nya..emm??

Soalnya bagaimana fungsi 'mengacip' itu berlaku pada kaum
Adam?




Alangkan kopi Jantan pun belum tentu fungsinya
'menjantankan' yang jantan...inikan pula Kacip Fatimah yang
tentunya fungsi 'mengacip' itu tidak ada pada kaum Adam.

Hairan bin Ajaib!

Thursday, July 9, 2009

Cantik lagi Kad Metrik aku...



Kad Metrik masa dapat asrama...


Kad Metrik kena halau keluar...ada NR!

Wednesday, July 8, 2009

Cerita Keretapi...


DULU-DULU...

Inilah jenis lokomotif yang menarik gerabak penumpang
sewaktu aku ke sekolah dulu sekitar 1970an sebelum
ditukar kepada engin berkuasa diesel. Perjalanan bermula
dari Tapah Road menuju ke Telok Anson hingga ke Wharf.


KINI...

Lihat bagaimana kemajuan merentasi masa.
Laju giler Dr. Yellow Shinkansen ni!

Tuesday, July 7, 2009

Impian+Usaha = Buku



Saya dalam usaha menerbitkan buku pertama saya iaitu kompilasi bahan dan gambar mengenai seni reka dan membina kereta berhias melalui pengalaman saya selama hampir 20 tahun menceburi bidang ini. Tanpa pengetahuan khusus dalam teknik pembuatan, mekanikal, sistem elektronik serta gubahan bunga saya menganjak diri saya berpaut pada jaringan teknologi berbekalkan daya kreativiti yang ada maka saya berjaya mengecapi pengetahuan dan pengalaman berharga ini. Buku ulung saya ini bertujuan untuk dikongsi bersama serta memberi pendedahan kepada generasi kreatif muda untuk menceburi industri ini di mana projek seumpama ini negara kita merupakan satu-satunya negara dirantau Asia ini yang menjadikan ia acara tahunan bersempena Pesta Flora selain Rose Parade Pasadena, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Saya berharap dapat mengumpul seberapa banyak maklumat terperinci bermula dari perkembangan ide, lakaran visual sehingga proses pembikinan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur kerangka besi, kimpalan, ukiran objek, teknik animasi pada objek, sistem program dan mekanikal. Juga saya muatkan kaedah pemilihan dan teknik susunatur bunga-bungaan, bijirin dan rempah ratus sebagai bahan asas pengganti warna untuk merealisasikan visual tampak kereta berhias menjadi satu kerja seni yang menarik, berwarna-warni dan menakjubkan!

Saya berharap usaha murni saya ini mendapat sokongan dari rakan-rakan dan ini merupakan percubaan saya dalam mengabadikan profail kerja dan pengalaman saya sebagai sebahagian bahan ilmiah dan rujukan. Insyaallah.

Monday, July 6, 2009

Album riwayat keturunanku...




Selepas dibaikpulih

Gambar diambil pada tahun 1940an. Landasan keretapi itu merupakan laluan keretapi dari Tapah Road menuju ke Teluk Anson(Intan). Kira-kira 23km dari sini terdapat mercu kesan sejarah pelanggaran keretapi pertama.

Ini merupakan satu-satunya koleksi gambar moyang aku untuk tatapan generasiku. Budak kecil berusia 1 tahun lebih itu adalah ayahku. Malangnya moyang lelaki yang tinggi lampai (kanan) meninggal dunia akibat dibunuh oleh tentera Jepun sewaktu pendudukan Jepun Di Perak (1942-1945). Kisah penderaan keatas beliau amat memilukan. Beliau diseksa dan dibunuh didepan mata moyang perempuanku. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.

The 3 Musketeers Malaya...Ayahku



Gambar yang dirakam sekitar tahun 1958 berhampiran
rumah Station Master di Kg. Sungai Tukang Sidin, Perak.
Ayahku (kiri) bergiat aktif dalam program bangsawan
sebelum menjadi perajurit. Gambar di atas telah saya selamat
dan baikpulih dengan teknologi yang ada kini.


Gambar asal.