Wednesday, December 30, 2009

Syabas Kelapa!


Kita sebaik-baiknya menjadikan atau lebih elok
mengibaratkan diri kita seperti sebiji kelapa yang
baik. Sekali pun ia gugur menyembah bumi,
tak kiralah dimana jua ia pasti akan tumbuh
subur.

Sesungguhnya kalau si kelapa boleh
berbudi pada tanah, jatuhnya di bukit maka ia
akan menjadi ladang. Apa lagi sekiranya si kelapa
ini jatuhnya dilaut pastinya ia akan menjadi pulau.

Walaupun percaturan hidup kita berbeza namun
matlamatnya tetap sama; mencari kesenangan dan
kebahagiaan hidup dan menabur bakti kepada
yang memerlukan dan yang terpenting adalah
keluarga kita sendiri.

Jadi kita harus pandai meletakkan diri kita
di pesada dunia ini. Berbekalkan segala pengalaman
dan pengetahuan, orak langkah kita ke destinasi
yang menjanjikan pulangan kebahagiaan dan
rezeki yang melimpah ruah. Panjatkan doa kesyukuran
atas pemberianNya sekalipun datangnya dari usaha
kita sendiri.

Buat si kelapa....ladangmu di Bagan Datok, Perak
meletakkan nama itu di peta Malaysia.
Buat si kelapa yang menjadi pulau...dirimu menjadi
panorama yang indah buat pengunjung.

SYABAS KELAPA!

3 comments:

  1. Jadilah Si kelapa..kerana dari pucuknya sampai ke akarnyaa semuanya berguna untuk di menafaatkan oleh manusiaa..cuma yg tak sedapnyaa..kalau jadi tempurungnyaaa...sakitt kena tajam kukurr ekekeke..

    ReplyDelete
  2. Awas KEPALA bila lalu bawah pokok si KELAPA...

    ReplyDelete
  3. Kalau la dah tahu si kelapa tu bakal menghempap kepala...janganlah lalu di bawah pokoknya. Itu cari masalah namanya :)

    ReplyDelete