Tuesday, July 7, 2009

Impian+Usaha = Buku



Saya dalam usaha menerbitkan buku pertama saya iaitu kompilasi bahan dan gambar mengenai seni reka dan membina kereta berhias melalui pengalaman saya selama hampir 20 tahun menceburi bidang ini. Tanpa pengetahuan khusus dalam teknik pembuatan, mekanikal, sistem elektronik serta gubahan bunga saya menganjak diri saya berpaut pada jaringan teknologi berbekalkan daya kreativiti yang ada maka saya berjaya mengecapi pengetahuan dan pengalaman berharga ini. Buku ulung saya ini bertujuan untuk dikongsi bersama serta memberi pendedahan kepada generasi kreatif muda untuk menceburi industri ini di mana projek seumpama ini negara kita merupakan satu-satunya negara dirantau Asia ini yang menjadikan ia acara tahunan bersempena Pesta Flora selain Rose Parade Pasadena, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Saya berharap dapat mengumpul seberapa banyak maklumat terperinci bermula dari perkembangan ide, lakaran visual sehingga proses pembikinan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan struktur kerangka besi, kimpalan, ukiran objek, teknik animasi pada objek, sistem program dan mekanikal. Juga saya muatkan kaedah pemilihan dan teknik susunatur bunga-bungaan, bijirin dan rempah ratus sebagai bahan asas pengganti warna untuk merealisasikan visual tampak kereta berhias menjadi satu kerja seni yang menarik, berwarna-warni dan menakjubkan!

Saya berharap usaha murni saya ini mendapat sokongan dari rakan-rakan dan ini merupakan percubaan saya dalam mengabadikan profail kerja dan pengalaman saya sebagai sebahagian bahan ilmiah dan rujukan. Insyaallah.

5 comments:

  1. tahniah satu usaha yang murni dan baik...semoga berjaya...kalau nak cari model beritahu la...he2

    semoga buku cepat berada di pasaran

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan moral kalian. Bertambah semangat saya untuk meneruskan usaha ini. Ada penaja ke? hehe

    ReplyDelete
  3. Boleh bayangkan buku ni kalau jadi memang best punya. I sokong Agak i this is the first ever book of it's kind. Good luck.

    ReplyDelete
  4. TQ Ita. I m working on it. Im tryin to get a good writer and Pahang Tourism seems to have interest on this book. I might pull them as my main sponsor.

    ReplyDelete