Friday, June 26, 2009

Pemancing Yang Berjaya..


Suatu petang yang hening. Ketika itu awan baru sahaja menurunkan hujan selebat-lebatnya. Kelihatan seorang tua sedang duduk di tepi lopak air memegang pancing tidak lupa sambil merokok.

Masyarakat sekeliling memerhatikan dengan penuh kehairanan. Ada yang bersimpati dengan nasib si Tua itu dan ada juga yang mentertawakan dia. Biasalah manusia. Tak boleh tengok perkara pelik sikit. Nabil memerhatikan si Tua itu dengan penuh rasa belas dan simpati. Beliau pun menghampiri si Tua itu untuk berbual.

"Pakcik...pakcik ni memancing untuk apa?"

"Untuk makan..."

"Ooh, macam tu. Beginilah pakcik. Meh ikut saya makan. Saya belanja."

Mulanya Si Tua itu berdolak-dalik maklumlah tak kenal. namun Nabil terus memujuk si Tua tu. Si Tua itu malu-malu dan akhirnya akur dengan paksaan Nabil.

Sedang asyik menguyah makanan. Nabil bertanya kembali.

"Pakcik mancing kat lopak air tadi tu ada ke ikan?"

"Wooii ada, buleh la tahan"

"Biar betul pakcik nie. Dah berapa ekor dapat?"

"Kamu yang kelima"

No comments:

Post a Comment