Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah...



Moga dipanjang umur, dimurahkan rezeki,
diberkati segala apa yang kita lakukan,
diberi kekuatan dan kesihatan untuk
meneruskan perjuangan hidup, kekuatan
dan kesihatan untuk mengerja dan
menunai akan tuntutanNya, terbuka hijab
untuk berniat melakukan kebaikan dan
beriltizam untuk mencari kejayaan diri
demi keluarga dan sesama umat amnya.
Insyaallah.

Saturday, December 12, 2009

PERTARUNGAN I ....



Hidup takkan selesa dan bahagia jika dimanjakan dengan
dengan sikap malas dan sambil lewa. Bekerja buat syarat kata orang.
Buat kerja 'half past six' kata org putih. Bila dah terdesak baru lah
nak bertarung bertungkus lumus. Bila jatuh sakit baru tahu pulak
bertarung nyawa untuk bangkit dan nakkan sihat...

Di luar sana umpama medan peperangan. Samada kita bersedia
atau tidak kita terpaksa bertarung juga demi mencapai kemenangan.
Kemenangan dalam ertikata mampu meraih @ kecapi apa yang kita
idamkan; impikan; lain perkataan tak nak SUSAH.

Namun biasalah. alam pertarungan ada kalah menang. Azalinya
angka 2 itu keramat antaranya:-
1. Susah @ Senang
2. Keras @ Lembut
3. Muda @ Tua
4. Mentah @ Masak
5. Panjang @ Pendek
6. Sihat @ Sakit
7. Malam @ Siang
8. Hidup @ Mati
9. Amalan Baik @ Jahat
10. Dosa @ Pahala
11. Beriman @ Mungkar
12. Syurga @ Neraka

Pertarungan dengan diri sendiri merupakan misi
yang kebanyakkannya gagal meraih kemenangan.
Kebarangkalian perisai keimanan tidak mampu
menahan asakan godaan dan hasutan syaitan yg sentiasa
menjadi pendua kepada manusia. Apabila kita alpa
dan lemah maka pertarungan ini akan berubah
misinya. Maka terjadilah petualang pada diri sendiri.

Ringkasnya, pertarungan tidak lagi bersenjatakan keikhlasan
dan kejujuran; keyakinan dan kesungguhan maka
pertarungan hanya berlandaskan nafsu serakah
dalam mengejar harta dunia tanpa kesyukuran.


PERTARUNGAN II....



Pertarungan memertabatkan budaya dan seni kita.
Kita marah kemasukkan lagu luar yang terus menguasai
pasaran dan peminat tempatan. Ada yang mengatakan
karyawan tempatan di anak tirikan. Mutu lagu tidak
mencapai tahap piawaian pasaran dan sebagainya.

Tidakkah kita sedar perubahan masa dan zaman menuntut
pembaharuan dalam segenap aspek. Kita perlu kejutkan
diri kita dari mimpi yang tak sudah-sudah. Pengiat seni
di luar sana telah melangkau jauh mengenepikan tradisi
lampau dengan memberi nafas baru dalam industri musik
mereka.

Mereka menghela udara baru yang difikirkan segar
sedangakan kita masih bertarung dan mempertahankan
apa yang dikatakan ' ini cara kita'....tetapi harus diingat
itu bukan pula 'cara' yang mereka mahu. Mereka mahukan
sesuatu yang baru, innovatif, kreatif dan segar. Kelainan inilah
yang mereka bertarung sekian lama.

Hasilnya.....kita memang suka dan dapat menerima karya mereka.
Siapa yang harus dipersalahkan? Kami hanya pendengar &
peminat setia pada hasil yang diperkenal dan dipasarkan.
Mungkin pendapat ini salah, tidak tepat akan tetapi yang
pasti kita mahukan sesuatu yang segar dan baru.

Dunia kini adalah dunia persaingan. Teruskan pertarungan
demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.

Peminat Rock Kapak.

Wednesday, December 9, 2009

Monalisaku....


Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

(Nyayian Hail Amir)

Sunday, December 6, 2009

Serakah...

Eksperimentasi Imajan.











Friday, December 4, 2009

Kata-kata Dulu...Kita Fikir-fikir Sekarang

PERIBAHASA CINA - TENTANG WANG

Dengan wang anda boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan kediaman.
Dengan wang anda boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Dengan wang anda boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Dengan wang anda boleh membeli sebuah buku, tetapi bukannya pengetahuan.
Dengan wang anda boleh membeli kedudukan, tetapi bukannya kehormatan.
Dengan wang anda boleh membeli seks, tetapi bukan cinta.
Dengan wang anda boleh membeli darah, tetapi bukan hidup.
Dengan wang anda boleh berjumpa doktor, tetapi bukannya kesihatan yang baik.

Alar wang susah...tak lar wang pun susah. Haiyaa! manyak susah maaa...

Pautan dari PESONA60

PERIBAHASA MELAYU - TENTANG WANG

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.... tak nak maju ke?
Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari... dashyatnyer!
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit... entah bila
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian... sanggup ke?
Banyak sama memberi, sikit sama merasa... sekali-sekala
Memberi lebih baik daripada menerima... jarang-jarang
Beras secupak akan jadi segantang... lu pikir la sendiri
Air sesenduk tak akan jadi setempayan... sendiri mau ingat
Masa itu emas... bukan Wang ke?
Jangan jadi hamba duit... terpaksa!

PANTUN DUNIA

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar

Hutang Duit...jangan Lari!!!

PANTUN IMAN

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang emas boleh dibayar

Hutang Zakat...jangan Lari!!!


Dan kepada yang ada nak tambah silakan semoga
kita saling ingat-mengingati dan memupuk kesedaran
dalam perihal berjimat cermat mengenai pengurusan
kewangan kita demi masa depan dan anak-anak.

Thursday, December 3, 2009

KENALI MEREKA YANG SEBENAR...

Tiada Dulu...Tiada Sekarang
BINTANG LAGENDA KITA...


JINS SHAMSUDDIN
MOHAMAD ZAIN SAMSUDDIN


M.ZIN
MOHAMED ZAIN SHARIFF


UDO OMAR
UDO OMAR - sebut baik2 nanti kena 'Lesing'


MAHMUD JUNE
MAHMOD DERANI


KEMAT HASSAN
KEMAT HASSAN bukan "Kau pikul lah!"


TONI KASSIM
WAN ABDUL RAHMAN WAN TAJUDDIN


NORDIN AHMAD
NORDIN AHMAD bukan 'Pak Malau'


LATIFAH OMAR
LATIFAH OMAR bukan 'Dahlia'


P. RAMLEE
TEUKU ZAKARIA TEUKU NYAK PUTEH


NOORMADIAH
EDITH SUMAMPO@NORMA ABDULLAH


SAADIAH
SATYA BAHAROM


SALOMA
SALMAH ISMAIL


SIPUT SARAWAK
RAMLAH ABDULLAH


SITI TANJUNG PERAK
SITI SUNDARI SAMAD


ROSEYATIMAH
ROSNAH JASNI


NENG YATIMAH
BUNTAT AHMAD

Tiada Dulu...Tiada Sekarang



Mulanya disini...


Ayah dan Ibu - Gambar ini diambil pada akhir
tahun 1950an ketika ini ayahku berusia 20 tahun
manakala ibuku berusia 15 tahun.
Aku dilahirkan sewaktu usia ibuku 17 tahun.

Disini kita...

Dari tiada...kita ada disini. Kerana mereka
dilahirkan maka kita dilahirkan. Kita pula
melahirkan anak-anak kita yang mana anak-anak
kita pula bakal melahirkan generasi mereka dan
seterusnya....

Apa yang kita usahakan sekarang kalau direnungkan
sejenak, bukanlah untuk kita. Kita hanya meminjam
dari anak-anak kita. Segalanya akan kita tinggalkan.
Spiral kehidupan ini berterusan dan itu adalah
hakikatnya.

Kenangilah mereka dalam doa kita.
Jamukan mereka yang telah tiada dengan
juadah Fatihah. Mohonkan keampuanan dari
Yang Maha Esa atas segala dosa-dosa
mereka sewaktu hayat mereka. Mohon juga
diterima segala amalan-amalan mereka dan
semoga ditempatkan roh-roh sebaik-baik
tempat disisiNya.

Kita sekarang...

Bagi yang ada sekarang kita panjatkan doa
kesyukuran dengan apa yang kita ada sekarang.
Usaha untuk kejayaan diri dan keluarga itu
adalah dituntut. Lebihan kesenangan kita
kembalikan kepada mereka-mereka yang
memerlukan.

Siapa tak inginkan kesenangan? Untuk
mengecapi kesenangan kita harus mengharungi
kesusahan dan kepayahan.
Kejerihan dan kekalutan dalam pencarian rezeki
kekadang mengumbang ambingkan kewarasan.
Tekanan dari luar dan dalam yang menyesakkan
nafas mengundang ketidakstabilan kesihatan kita.
Sehingga kita beranggapan apakah kita ini menjadi
'hamba duit'...?? Yang nyata didunia ini memang
itulah nyawa untuk terus berdepan dengan hidup.

Bukan senang nak senang...
Bukan susah kalau nak susah...

Rezeki ada dimana-mana...kita tak perlu cari.
Tetapi kita terus berusaha dan berusaha maka rezeki
itu mencari kita. Moga yang datang itu rezeki yang
halal. Insyaallah.