Friday, October 23, 2009

Aku cinta kamu...



Acrylic 21cm x 30cm. Ini hasil kerja lama yang
saya mula berjinak-jnak dengan medium baru.
Kekok juga mulanya.

Thursday, October 22, 2009

Kartun pun cuba jugak...





Ini merupakan karaktor NURI yang saya cipta untuk
Bank Rakyat. Lukisan ini dihasilkan pada awal 90an
dan dijadikan Sampul Wang @ AngPau sempena
Hari Raya Aidilfitri.

Malahan Maskot Bank Rakyat terkini juga merupakan
ciptaan saya iaitu NURI Angkasawan.

Suka Mencuba...





Illustrasi Air Brush 30"x 40" saya hasilkan pada
tahun 90an. Ada juga kepuasannya...

Tajuk: Warisan Sungai Manik...


Salah satu lukisan cat air yang saya hasilkan pada tahun 1985.
Tak la pandai sangat cuma ingin mencuba dalam meneroka
medium yang pelbagai.

Thursday, October 15, 2009

Teralir Bisaku...Siri Lok&Pamor

Tidak alah dari mencuba. Apa salahnya.
Kepuasan pada diri sendiri. Penceritaannya kita cipta.
Pandangan manusia berbeza-beza. Itu hak mereka.
Ini eksperimentasi siri Lok Perjuangan & Pamor Kehidupan
yang merungkai pemerapan bisa dan ketajamannya
yang kita sendiri sembunyikan sekian lama.

Sipnosis Karya...

Sorong papan tarik papan
Buah Keranji dalam perahu
Suruh ke depan banyak alasan
Suruh Berdiri terkulai Layu